Friday, 25 September 2015

Obses !

Apa itu obses? Apa yang anda faham tentang obses?
Apa yang saya faham, obses itu adalah kegilaan seseorang yang mendalam terhadap sesuatu benda, perkara mahupun manusia.
Adakah anda pernah obses terhadap sesuatu perkara? Semestinya pernahkan? Obses boleh mendatangkan kebaikan dan juga mestilah ada keburukannya. Nak bincangkan tentang obses secara keseluruhan memang sehari semalam pon tak habis bercerita lah.
Jadi pada entri kali ni saya ingin fokuskan pada "obses jenama"

Apa itu obses jenama? Obses jenama adalah kegilaan terhadap sesuatu jenama. Adidas, Nike, Channel, Dolce & Gabbana , Dior, Padini dan MAC merupakan antara contoh jenama yang terkemuka. Terdapat pelbagai lagi jenama yang terkemuka yang menjadi kegilaan manusia pada masa kini. Bagi golongan yang berada, sudah menjadi hobi dan kebiasaan bagi mereka untuk mengumpul barangan daripada jenama tertentu. Tetapi, terdapat juga golongan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan yang gemar akan barangan berjenama . Yang lagi bahaya, terdapat juga golongan yang berpegang kepada prinsip 'biar papa asal bergaya ' .
Ramai masyarakat Malaysia yang sanggup habis beribu ringgit demi mendapat barang sesuatu jenama.
Misalnya, bagi penggemar gadget dari jenama Apple, mereka akan selalu mengikuti perkembangan jenama tersebut dan akan memjadi antara orang yang terawal memiliki sesuatu keluaran terbaru. Selain itu, bagi yang meminati fesyen, mereka selalunya akan menghabiskan beribu - ribu ringgit setiap kali membeli-belah . Mereka selalu mengikuti fesyen- fesyen artis terkenal, blogger2 yang terkenal dan juga fesyen2 artis instagram.

Kesimpulannya, tidak salah untuk mengumpul barangan daripada jenama yang digemari. Tetapi janganlah sampai membazir. Berbelanjalah mengikut kemampuan, jangan diikutkan sangat fesyen ataupun cara berbelanja orang yang berada.
Sampai disini sahaja coretan saya untuk kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapatlah juga anda memahami apakah itu 'obses jenama'.Jadi, adakah anda merupakan seorang yang obses terhadap sesuatu jenama? Ataupun apa-apa jenis obses? Tak salah meminati sesuatu, tapi cuba elakkan daripada sebarang obses. Ok,diharapkan anda dapat mengikuti entri saya yang lain pada masa akan datang. Sampai disini sahaja untuk hari ini. Terima kasih. Assalamualaikum.

Wednesday, 23 September 2015

Salam Perkenalan

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih sebab sudi menjengah dan membaca post2 di blog ini .
InshaaAllah saya akan kongsikan info-info yang bermanfaat dan cerita-cerita yang tidak membosankan.

Baiklah, nama diberi Nur Aliya Nazira Binti Anwar. Berasal daripada Johor dan menetap di Melaka. Dilahirkan pada 8 Ogos 1996. Anak sulung daripada 5 orang adik beradik.
Alhamdulillah, walaupun tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya dengan harta,
InshaAllah kami sekeluarga kaya dengan budi bahasa.

Ok dah tak tahu nak berceloteh apa lagi. Save sikit idea untuk post2 yang akan datang. Hahaha . Selamat membaca. Sila tinggalkan sebarang komen jika rasa tak puas hati , rasa entry macam membosankan ke, ape-ape je lah ok?  Sampai disini saja coretan saya untuk kali ini. Harap dapat diteruskan bagi hari - hari mendatang. Terima kasih. 


Aliya