Wednesday, 11 November 2015

Cuti



Assalamualaikum. Yeah, alhamdulillah masih di rumah, masih mood cuti. Haha
Alhamdulillah jugak cuti2 ni dapat berkumpul balik dengan kawan², setelah lama tak jumpa.


So, anda kemana cuti² ni? Lokasi percutian saya kali ini adalah, The Shore Sky Tower di Melaka . Hahah cehh percutian lah sangatkan. Sebenarnya, tempat ni baru dibuka. Berada di tengah² bandaraya melaka. Bangunan ni adalah gabungan shopping complex n hotel. Dalam ni pon ade akuaria  . Memacam adalah gitu. . Tempat dia memang eksklusif. Cantik sangat. Pemandangan dari atas memang lawa  nak lagi lawa, datanglah waktu malam. Memang superb pemandangan dia. tapi bayarannye pon. Hmmm haha Rm18 je yea semuaa. Rm18 jee  .  Ok sampai disini je cerita saya.  InshaaAllah kalau ade next lokasi, saya akan berkongsi cerita disini lagi. Byee Assalammualaikum.

ALIYA

Friday, 6 November 2015

Tersasar

Assalamualaikum. Aku selalu sedih dengan perangai diri sendiri tapi pada masa yang sama, aku tak lakukan tindakan yang betul untuk overcome perangai aku.
Semua orang yang sambung belajar matlamatnya sama, tujuannya sama iaitu Belajar. Jadi, apa masalahnya?
Tapi aku rasa sejak seminggu dua ni, pelajaran tah kemana. Buku pon jarang sentuh. Sibuk sangat mengejar merit kolej ka? Ke sibuk sangat membuang masa, duit , dan tenaga terhadap perkara yang lagha?
Bila dah penat dengan aktiviti diluar, bila balik bilik terus tidur. Bila masa bukak bukunya?
Kesedaran tu dah selalu ada dalam diri ni. Tapi, sifat malas tu dah menguasai diri. Dah overcome segala kesedaran tu. Cuba ingat balik, apa tujuan kita masuk sini? Untuk belajar kan? So, kenapa perlu tersasar jauh dari matlamat tersebut? Kenapa perlu membuang masa?

The conclusion is, aku mestilah pandai membahagikan dan menguruskan masa dengan betul agar pelajaran tak terabai. Semoga kemalasan Aliya dapat berkurang. Semoga Aliya tersedar bahawa dia sudah terpesong dari matlamat asal dia. sampai disini sahaja. Annyeong.

ALIYA