Friday, 30 October 2015

Makanan yang popular di Muar

Assalammualaikum.
Topik hari ni , topik yang semua orang suka iaitu makanannnn....
Disebabkan saya berasal daripada johor, jadi saya akan memperkenalkan serba sedikit makanan yang agak popular di Muar. 
Muar dikenali sebagai bandar diraja. Kecil je sebenarnya bandar ni. 
Tapi banyak juga makanan yang menafik yang boleh didapati disini. 


1. MEE BANDUNG MUAR.
Dah nama pon mee bandung muar kan? So memang popular lah kan. Dan di muar memang anda akan menjumpai banyak sangat kedai mee bandung ni. Pilih je nak yang mana.



Haaa.. dua kedai di atas ni merupakan antara kedai yang popular lah. Antara yang ramai pengunjung datang. Yang kedai mee bandung Abu Bakat Hanipah tu, pernah masuk tv3 rancangan jalan² cari makan. Haaa kalau dah masuk tv tu, sedap lah kann.


2. Medan Selera Sabak Awor

Ape ada kat sini? Haa seperti yang tertulis kat situ lah. Ikan Bakar
. Sabak Awor ni berada di jeti. Jadi, memang ikan2 yang fresh lah kat sini. Kalau dinner dengan family, beramai2 best sangat. Berdekatan dengan sabak awor nk pon, terdapat satu restoran ikan bakar wak jos. Haaa yang tu pon best. Sedap. Everyday mesti penuh. Ramai gila orang kat situ.

3. Soup House

Kedai ni dibuka sampai tengah malam serta ada wifi juga. So, kedai ni kalau malam memang ramai orang. Dah nama pun soup house kann jadi, yang popularnyaa soup lah. Ecspecially Sup kambing. Kata orang lah. Sebab saya tak pernah pun pergi kedai ni. Tak berkesempatan lagi.

4. Murtabak singapore.

Disebabkan johor dekat denga singapore, jadi makanan dia pon agak popular di sini. Haha okeyh , kedai ni memang popular sangat. Sebab sedap gila murtabak dia .



5. Kopi 434

Bagi pencinta kopi, ini lah tempat anda. Walaupon saya tak minum kopi, tapi saya tahu kopi ni sedap. Macam mana saya tahu? Kalau tak sedap, kenapa orang dari jaoh sanggup datang kesini untuk beli kopi kat sini kan. Kalau sarapan kat sini, minum kopi dengan roti bakar .... pehhhh sedap wehhh.

6. Sate

Sate. Orang muar sinonim dengan sarapan sate. Sebenarnya, sate ni makan waktu bila? Bukan memang waktu pagi ke? Hahahaha maaf lah. Sebab saya memang dari kecil kalau makan sate mesti waktu pagi je. Susah lah nak jumpa sate pada lain2 waktu. Selalunya waktu pagi je jumpa sate ni.

Haaaa berikut antara tempat2 yang wajib pergi bila berada di muar ok?
Datang lah kemuar, dan rasailah makanan2 yang berada disini. Selamat mencuba.
Annyeong. Assalamualaikum.

ALIYA

Sunday, 25 October 2015

Emosi

Assalamualaikum. 
Baiklah, entri kali ni tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. 
Hahaha 
Susah kalau berkerjasama dengan orang yang tak reti kawal emosi ni kan? 
 yang x reti control marah terutamanya. 
Bila dah marah, segala tak ingat. 
Orang yang patut dy hormat pon lupa teros. Teros marah. Tanpa belas kasihan. Eah? Hahahaha
so, how nak control kita punya kemarahan? 
Beristighfar lah semua. Ambil lah wudhu' . Hahaha 
Jangan lah sesuka hati nak marah orang, sampai orang yang tak bersalah pon nak marah. Kalau korang tak reti kawal marah tu, badan kau yang binasa weh. 
Bak kata pepatah " kerana mulut badan binasa " . 
Semua orang ada masalah sendiri, janganlah disebabkan tension dengan masalah sendiri , orang lain jadi mangsa. Ok. 
Sebenarnya aku pon tak tau ape motif aku update entri ni. Tade idea sebenarnya. Baiklah sampai disini sahaja. Assalamualaikum.

Aliya