Sunday, 29 November 2015

Dari UKM ke BTS

Assalamualaikum, selamat malam.
Okeyh hari ni saya nak bagitahu cara2 nak pergi ke Berjaya Times Square daripada Ukm bagi yang mengunakan pengangkutan awam.

Baiklah mula² sekali, jika anda pelajar Ukm sila naik bas yg betul untuk ke KTM. iaitu dengan menaiki bas zon 6. Okeyh. Bagi yg bukan pelajar ukm anda boleh lah pergi ke mana² Stesen Ktm berdekatan anda.

Secondly, anda perlulah beli tiket untuk pergi ke KL Sentral. Lagi senang kalau ada touch n go. Just touch then go.. hahaha. Okeyh, dah beli then tunggu smpy ktm sampai dan membawa anda ke destinasi anda iaitu ke Kl Sentral.
Setelah sampai di Kl Sentral, anda perlulah pergi memasuki NU Sentral untuk menaiki monorel untuk ke BTS (Berjaya Times Square) . Dalam NU tu anda cari je lah signboard yg menunjukkan arah ke monorel.

Selepas dah jumpa jalan yang benar, anda perlulah membeli tiket di mesin2 yang terdapat disana. Di bukan tiket act. Tapi token je. Oh yea, dari Kl Sentral kalau nak naik bas ke bts pon boleh. Tapi tak payah membazir sangat lah. Naik monorel lagi murah. Berganda2 murah. Dah beli tiket, then tunggu lah monorel sampai. Make sure tunggu di platform yg betol yea. oh lupa pulak. Anda perlu beli tiket ke stesen imbi tau.
Then anda akan teros sampai ke BTS.
Dan akhirnya anda boleh berseronok serta boleh memenatkan diri anda dengan pusing sekeliling shopping mall tu. Ok sampai disini sahaja perkongsian saya. Harap bermanfaat untuk anda. Ayuh lah menggunakan pengangkutan awam. Hahahaa Byee. Annyeong. Assalamualaikum

A L I Y A

Friday, 27 November 2015

C

 Assalammualaikum. Selamat pagi semua. Basicly, aku pun tak tau kenapa aku pilih huruf c. Maybe waktu tu aku tengah mengidam coklat, so automatik huruf tu je yang aku boleh fikir. Haha setelah difikir, dikaji, aku tak nak lah cerita tentang coklat. Kenapa? Asyik cerita makanan je. Tak best lah kan. Haha lagipun, siapa je yang tak suka coklat kan . Sedap kot. Aku memang hantu coklat sikit. . Tapi sikit je lah , tak kritikal lagi.

Okay , jom kupas topik yang kita ingin bincangkan pada hari ini. C = Cantik .
Cantik? Apa itu cantik? Luaran je ke? Dalaman? Perempuan sahaja atau lelaki sekali?

First of all, semua ciptaan tuhan adalah cantik , lawa, indah. Siapa je yang tak suka kecantikan kan? Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang kecantikan. Ada orang hanya menilai kecantikan dari luaran sahaja. Tapi ada juga orang yang menilai kecantikan dari luaran dan juga dalaman. Dalaman? Macam mana cantik dalaman? Dalaman tu merujuk kepada sikap, sifat , perangai seseorang.

Cantik luaran, tapi buruk dalam  tetap tak cantik juga weh. Maybe korang win untuk luaran. Tapi luaran tu sementara je.  Yang penting dalaman weh, dalam. Kalau kau setakat cantik tapi perangai macam apa tah, tetap orang tak suka gak. Haa yang cantik tu, jangan lah berlagak sangat , tau lah cantik (hahahaaa ok ini boleh diabaikan)  .

Kesimpulannya, just be yourself. Dah cantik rupa, cantikkan lah peribadi juga. Cantik tu bukan spesifik untuk perempuan jea. Lelaki pon sama. Cantik n kacak merujuk kepada sesuatu yang sama juga. Ok lah sampai di sini jea.Assalammualaikum.

A L I Y A

Sunday, 22 November 2015

Gagal

"Gagal sekali, tak bermakna tak akan gagal lagi " 

Kenapa wujud pepatah macam ni? Haha sebenarnya ni keluar spontan daripada mulut membe aku waktu form 3 dulu. Dia cakap kat aku sebab dulu, ada satu ujian ni, subjek bahasa arab. Tetibe waktu exam tu aku gagal, hahahaa menangis terus aku . Membe2 yang lain cuba nak pujuk aku, tapi makin orang pujuk, makin deras air mata aku mengalir. Tetibe tengah reramai berkumpul kat aku ( ade je orang lain yang gagal, tapi aku je yang menangis hahaha) , ade sorang budak ni datang kat aku dy cakap "dahh lahh aliya . Relax lah, gagal sekali, tak bermakna tak akan gagal lagi" . Siot gila hahahaha . Aku ingat nak bagi kata² semangat ke ape ke. Hahaha rupanya dia dah manipulasi ayat tu. 

Tapi, lama² aku fikir balik ayat dia betul jugak. Ye lahh kalau kita dah gagal sekali, tapi kita tak ada kesedaran nak memajukan dan meluluskan diri, tetap gagal gak for ever n ever. Ape kau pikir kau genius? Tak study tapi boleh berjaya? Hahaha lawak lahhh.
Usaha tangga kejayaan. ! Chaiyok²
Byeeee annyeong Assalamualaikum . 

A L I Y A

Thursday, 19 November 2015

Tikam

Tikam? Antara tikam dari depan dengan belakang mana lagi sakit? Basicly, tikam dari mana² pon tetap sakit. Tapi lagi sakit kalau kena tikam dari belakang. Kenapa? Sebab kita tak sedar, kita tak tahu ada orang yang sedang cuba tikam kita dari belakang.  Kalau orang tikam kita dari depan, at least kita dah nampak niat dia nak tikam kita, kita dah sedia mental dan fizikal. Kalau orang tikam dari belakang, kita tak sedar. Kita tak ambil langkah berjaga2 untuk menghadapi tikaman dari belakang. Cehhh

Tikam dengan pisau ke yang aku cuba maksudkan? Hahaha sememangnya idokk lahh. Kalau tikam guna pisau ke, parang ke, gunting ke semua tu paling teruk pon masuk hospital. Tak pun meninggal dunia. Tapi ni kita tengah bercerita tentang tikam yang akan memberi impak yang besar, yang dalam terhadap hati kita. Iaitu tikam belakang. Khianat lah gitu.

Tak semestinya orang yang suka kita sekarang akan suka kita selamanya kan? Begitu juga dengan orang yang baik dengan kita. Tak semestinya orang yang baik dengan kita hari ini, akan baik dengan kita pada hari esok dan hari² yang mendatangkan? Kenapa perlu ada yg tikam belakang kawan sendiri? Mungkin memang sikap dia yang macam tu? Atau ada faktor lain yang mendorong? Kawan? Sahabat? Semuanya mungkin akan mengkhianati dan menghancurkan kepercayaan kita terhadap mereka.  Nak percaya boleh, tapi jangan lah 100% . Jangan terlalu bergantung dengan orang. Cuba berdiri diatas kaki sendiri. Agar pabila kita jatuh kelak, tak susah untuk kita bangkit semula.

Sampai disini sahaja coretan untuk kali ini.Assalamualaikum.

A L I Y A

Sunday, 15 November 2015

Cuti Lagi


Assalamualaikum...
mood :sedih. Haha kenapa? Cuti sudah habes maaaaaa..
Ok nak cerita pasal my hari jumaat yang lalu pula. Apa yang aku buat. Dengan sapa. Pergi mana? Tak penting pon kan . Tapi ni blog aku sukahati lahhh hahah. Pada jumaat pagi, aku pergi merayap di sekitar bandar Muar bersama mak and dua orang adek aku. Yg lain idok. Haha sebab yang sorang tu pergo rombongan. Yang lagi sorang pulak, yee lahh bujang, mana nak jalan dengan kiteorg dahh hahahha. Kiteorg pergi shopping, pergi bank, bayar hutang, lepas tu pergi lepak2 dekat tanjung emas. Best ta? Wuish gila tak. Spend time dgn family kot. Tapi tu lah, tak cukup ahli pulak. Ayah pon busy kerja. Takpe, kami paham. Rindu nak p bercuti satu family macam dulu. Hahaha ok tinggalkan cerita itu.

Petangnya pulak, aku kelua dengan my two fav girls. Pergi Melaka jee haha well, act rancang lain, tapi bila dah sampai sana of course lah yang jadinya pon lain kann. Hahaha
Memula rancang nak pergi pantai klebang, tapi disebabkan cuaca yang panas terik sangat, kami ubah plan kami, kiteorg just tengok wayang . N akhirnyaa, dapat pon penuhi peemintaan tekak untuk makan sushi . Hahaha
Ok lah sampai disini saja untuk hari ini. Assalammualaikum.


 
A L I Y A

Wednesday, 11 November 2015

Cuti



Assalamualaikum. Yeah, alhamdulillah masih di rumah, masih mood cuti. Haha
Alhamdulillah jugak cuti2 ni dapat berkumpul balik dengan kawan², setelah lama tak jumpa.


So, anda kemana cuti² ni? Lokasi percutian saya kali ini adalah, The Shore Sky Tower di Melaka . Hahah cehh percutian lah sangatkan. Sebenarnya, tempat ni baru dibuka. Berada di tengah² bandaraya melaka. Bangunan ni adalah gabungan shopping complex n hotel. Dalam ni pon ade akuaria  . Memacam adalah gitu. . Tempat dia memang eksklusif. Cantik sangat. Pemandangan dari atas memang lawa  nak lagi lawa, datanglah waktu malam. Memang superb pemandangan dia. tapi bayarannye pon. Hmmm haha Rm18 je yea semuaa. Rm18 jee  .  Ok sampai disini je cerita saya.  InshaaAllah kalau ade next lokasi, saya akan berkongsi cerita disini lagi. Byee Assalammualaikum.

ALIYA

Friday, 6 November 2015

Tersasar

Assalamualaikum. Aku selalu sedih dengan perangai diri sendiri tapi pada masa yang sama, aku tak lakukan tindakan yang betul untuk overcome perangai aku.
Semua orang yang sambung belajar matlamatnya sama, tujuannya sama iaitu Belajar. Jadi, apa masalahnya?
Tapi aku rasa sejak seminggu dua ni, pelajaran tah kemana. Buku pon jarang sentuh. Sibuk sangat mengejar merit kolej ka? Ke sibuk sangat membuang masa, duit , dan tenaga terhadap perkara yang lagha?
Bila dah penat dengan aktiviti diluar, bila balik bilik terus tidur. Bila masa bukak bukunya?
Kesedaran tu dah selalu ada dalam diri ni. Tapi, sifat malas tu dah menguasai diri. Dah overcome segala kesedaran tu. Cuba ingat balik, apa tujuan kita masuk sini? Untuk belajar kan? So, kenapa perlu tersasar jauh dari matlamat tersebut? Kenapa perlu membuang masa?

The conclusion is, aku mestilah pandai membahagikan dan menguruskan masa dengan betul agar pelajaran tak terabai. Semoga kemalasan Aliya dapat berkurang. Semoga Aliya tersedar bahawa dia sudah terpesong dari matlamat asal dia. sampai disini sahaja. Annyeong.

ALIYA

Thursday, 5 November 2015

Nafsu

Seperti yang semua sedia maklum, perempuan mempunyai nafsu yang banyak berbanding lelaki. Nafsu makan lah shopping lah, memacam lagi lah. Kalau macam aku nafsu makan n shopping tu tade lah teruk bebeno. Kengkadang tu boleh lah kawal. Tapi ade sesetengah waktu mmg tak Dapat lah cek nak menahan. Hahaha lagi2 makan kan. Segala makanan teringin, segala makanan mengidam. How about shopping? Kalau shopping biasa2 ni aliya kurang bernafsu sikit. Tapi kalau shopping online, seriously aliya boros. Kenapa boleh jadi macam tu? Hmm mungkin sebab kalau shopping kat luar, kita nampak duit kita yang makin berkurang. Tapi kalau online shopping, kita just transfer duit je, so tak nampak duit yg mengalir keluar. Bila cek je baru tau yang duit tinggal sikit. Waktu tu baru menyesal boros. Hahaha Jadi, kawallah nafsu anda semaksimumnyaa . Annyeong. Assalamualaikum.

ALIYA

Sunday, 1 November 2015

Kalori

Alang2 bercerita pasal makanan, jadi mari kita penuhkan blog dengan makanan
Hahaha
Ok sumber gambar daripada foodporn di twitter. Aku memang suka stalk makanan2 kat twitter ni. Mau tak nya. Setiap kali aku bukak twitter mesti ade je yang retweet makanan2 ni. So, apa lagi, stalk je lah terus kan. 

Hari tu, waktu kat kelas pengawalan berat badan, kami belajar pasal kalori. Anda tahu apa itu kalori? Kaori itu adalah tenaga. Setiap orang memerlukan kalori yang berbeza2. Semakin kurus seseorang semakin rendah kalori yang diperlukan. 
Macam mana nak kurus? Kurangkan mengambil makanan2 yang mempunyai banyak kalori. Ingat yea. Setiap orang memerlukan kadar kalori yang berbeza². Bagi sesiapa yang ingin menambah berat badan, anda haruslah makan kalori berlebihan daripada apa yang anda perlukan  .  Semua makanan ada kalori. Contohnya nasi, mempunyai lebih kurang 200kcal. Maggi pula lebih kurang 300kcal. Anda boleh google untuk mengetahui kalori yang berada dalam sesuatu makanan. Jadi, bagi sesiapa yang ingin mengawal berat badan, anda dinasihatkan agar jangan makan lebih kalori daripada apa yang di perlukan. 
Sampai disini sahaja perkongsian saya untuk hari ini.  Di sini saya sertakan gambar makanan  yang membuatkan saya lapar pada saat, masa dan ketika ini. Haha
Annyeong. Assalamualaikum.

ALIYA