Tikam? Antara tikam dari depan dengan belakang mana lagi sakit? Basicly, tikam dari mana² pon tetap sakit. Tapi lagi sakit kalau kena tikam dari belakang. Kenapa? Sebab kita tak sedar, kita tak tahu ada orang yang sedang cuba tikam kita dari belakang. Kalau orang tikam kita dari depan, at least kita dah nampak niat dia nak tikam kita, kita dah sedia mental dan fizikal. Kalau orang tikam dari belakang, kita tak sedar. Kita tak ambil langkah berjaga2 untuk menghadapi tikaman dari belakang. Cehhh
Tikam dengan pisau ke yang aku cuba maksudkan? Hahaha sememangnya idokk lahh. Kalau tikam guna pisau ke, parang ke, gunting ke semua tu paling teruk pon masuk hospital. Tak pun meninggal dunia. Tapi ni kita tengah bercerita tentang tikam yang akan memberi impak yang besar, yang dalam terhadap hati kita. Iaitu tikam belakang. Khianat lah gitu.
Tak semestinya orang yang suka kita sekarang akan suka kita selamanya kan? Begitu juga dengan orang yang baik dengan kita. Tak semestinya orang yang baik dengan kita hari ini, akan baik dengan kita pada hari esok dan hari² yang mendatangkan? Kenapa perlu ada yg tikam belakang kawan sendiri? Mungkin memang sikap dia yang macam tu? Atau ada faktor lain yang mendorong? Kawan? Sahabat? Semuanya mungkin akan mengkhianati dan menghancurkan kepercayaan kita terhadap mereka. Nak percaya boleh, tapi jangan lah 100% . Jangan terlalu bergantung dengan orang. Cuba berdiri diatas kaki sendiri. Agar pabila kita jatuh kelak, tak susah untuk kita bangkit semula.
Sampai disini sahaja coretan untuk kali ini.Assalamualaikum.
A L I Y A
No comments:
Post a Comment