Hai everyone, as usual, kalau aku bosan, aku akan cuba post something kat sini. Nak delete blog ni? Hmm tak kot. Lagi best kalau ada blog yang even takde sapa baca , at least aku dapat meluahkan segala disini. Dan sekarang, aku tengah gigih untuk memahami mikroekonomi. Tapi , take 5 jap. Kita buat blog jap. Ye dakk.
Selfish? Am I selfish? Kadang-kadang aku rasa aku ni seorang yang selfish. Tapi, bila aku cerita kat orang, orang tak kate benda tu selfish pulak. Hmm
Jahat ? Yea. Tu memang sifat semulajadi aku. Haha sapa je yang tak jahatkan. Haha setiap orang ade kejahatan memasing. Tapi takda lah melampau-lampau sangat.
Apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya? Haha aku pun tak pasti. Kat hati, tak mampu terluah. Berlegar² dikotak pemikiran. Tapi tulah. Tak mampu diluahkan. Takpe lah. Lagipun kisah ni hanya aku yang faham. Kejahatan aku, hanya aku yang faham.
Tapi sebelum tu aku nak nasihatkan, semakin lama kau kawan dengan aku, semakin banyak aku akan meng'annoying' kan kau tanpa sedar. Semakin rapat kau dengan aku, semakin banyak kelemahan aku yang kau nampak. Jadi waktu tu aku tak salahkan kau untuk pergi cari kawan yang lebih baik. Maaf atas salah silap aku. Terima kasih kerana tabah dan cekal menjadi kawan aku. Hahaha
Ok lah, sambung menimba ilmu balik. Bye. Assalamualaikum.
A L I Y A
Thursday, 31 December 2015
Monday, 28 December 2015
Final Weii
Hai. Assalamualaikum. Hmm dah musim final dah ni. So how preparation ? Ok? Ke tak? Haha kalau aku lahh.. memang tak lah. Ape pon tak prepare lagi. Banyak lagi nak kena cover. Tu lah. Orang kata jangan study last minit. Takut tak sempat. Tak sempat satu hal, kang tetibe tak datang mood nak study pulakk. Memacam hal lah. Mcm aku sekarang ni. Aku update blok ni sebab nak seru balik mood study aku lah. So esok aku ade exam Math. So, wish me luck gais. Doakan supaya bekalan untuk masuk dewan perang mencukupi. Haha
So, goodluck semua. All the best. Fighting !! Chaiyok!!
Selamat menduduki final exam anda dengan jayanyaaa.
Salam sayang,
A L I Y A
Monday, 21 December 2015
Epilog
10 tahun kemudian......
"Terima kasih kerana menerima, setelah berulang kali ku tinggalkan, kau tetap menanti "
"Aku tak pernah menanti, tapi takdir yang menemukan kita. "
Kerana Allah kita bertemu, dan kerana Allah juga kita berpisah. Sesungguhnya segala itu adalah ketentuannya. Terima kasih untuk segalanya. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan. Kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan.
Mungkin segala yang mereka tempuhi itu adalah untuk kebaikan mereka. Agar mereka dapat mempunyai pengalaman. Agar mereka sedar betapa kuatnya jodoh yang telah Allah tentukan.
Ini bukanlah pengakhiran hidup. Tapi pengakhiran satu fasa untuk berpindah ke fasa yg lain.

Sunday, 13 December 2015
Prolog
Bintang dan bulan pada malam itu tidak kelihatan . Langit gelap gelita . Sama . Sama seperti satu ketika dahulu. Ketika hilang arah, ketika tidak tahu mana mahu dituju. Seperti tersesat ke alam yang lain. Tapi mujur, aku tersesat hanya seketika. Awan hitam hanya menyinggah. Terdapat insan yang sudi menghulurkan tangan menunjukkan arah yang sebenar. Seperti bulan dapat menerangi malam yang gelap gelita .
Kisah lama, tidak perlu dikenang . Jadikan sebagai pengajaran. Alhamdulillah kini aku bahagia dengan kehidupan aku. Tidak gelap seperti dahulu. Berwarna warni. Banyak bintang yang menerangi. Terdapat juga bulan yang memberikan sumber kekuatan. Aku gembira. Aku bahagia.
Tapi bulan tidak selamanya ada. Apabila awan gelap kembali lagi, bulan akan hilang. Bintang- bintang turut mengikuti jejak bulan. Kenapa perlu dia kembali? Kenapa perlu membangkitkan semula isu yang telah lama terkubur? Adakah bulan akan kembali menerangi hidupnya? Atau akan pergi membiarkan awan hitam menyelubungi kembali. Atau awan hitam akan berubah . Akan memberikan matahari sebagai balasannya?
*Tanpa diubah, tanpa meniru. Ayat datang secara spontan. Tiada kaitan yg hidup atau meninggal dunia. Maaf kalau tersilap. Annyeong. Goodnight. Assalamualaikum.
A L I Y A
Saturday, 12 December 2015
Jadi lebih baik
" perempuan² yang jahat adalah untuk lelaki² yang jahat, dan lelaki² yang jahat untuk perempuan² yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan² yang baik untuk lelaki² yang baik, dan lelaki² yang baik untuk perempuan² yang baik " ( surah an-Nur 24: ayat 26)
Apabila membaca ayat di atas, pasti akan ada yang terlintas di fikiran 'aku jahat, mesti pasangan aku nanti pon jahat'
Sebenarnya, ayat alQuran tersebut adalah lebih kepada bentuk nasihat , amaran dan peringatan kepada semua. Kalau tak nak dapat pasangan yang jahat, jadi, apa kata kita berubah ke arah kebaikan. Kalau kita nak pasangan yang cukup solatnya, adakah solat kita selamani cukup? Maka berubahlah kepada yang lebih baik. Dan jangan lah lupa untuk berdoa yea. Supaya dapat jodoh yang baik dan molek akhlak budi pekertinyaa. Sekian. Assalamualaikum.

Sunday, 6 December 2015
N.A.N - Nice Attitude Needed
Assalamualaikum dan Alhamdulillah kerana setelah memerah otak, mencari serta meminta idea maka terhasillah tajuk sedemikian. Harap tidak menghampakan lahh.
Nice Attitude Needed. Sikap yang baik diperlukan. Actually, ni pon membe punye idea. So saya akan cuba mengulasnya sebaik mungkin. Hahaha
Kebaikan bukan hanya setakat dari segi fizikal, bukan setakat apa yang kita nampak sahaja. Tetapi kebaikan juga dari dalaman. Even tak nampak, tapi dapat dirasai.
Baik, bergantung kepada orang. Kalau orang baik dengan kita, kita baik dengan orang. Kalau orang jahat dengan kita? Tolonglah tetap berbaik dengan orang. Tapi tak bolehlah sepanjang masa nak baik. Karang, kena pijak kepala pula.
Ada orang, dia baik dengan orang tertentu sahaja. Motif? Mungkin sebab orang lain pernah berlaku kejam terhadap beliau kot. So, dia rasa orang tersebut tak patut dapat layanan yang baik. Hmm sebenanya tu dah kira macam berdendam lah kan. Kadang² aku pon macam tu. Sebab aku akan pendam. Tapi bukan dendam. Harap maklum.
Buat baik lah kepada ibu bapa, orang sekeliling , masyarakat dan seluruh manusia didunia ini. Tak rugi pon buat baik. Dapat pahala lagi. Disenangi ramai. Buatlah baik dimana² pon anda berada.
*hari ini rakyat johor diselubungi kesedihan dengan berita kemangkatan YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor(5/12/15). Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. AlFatihah

Wednesday, 2 December 2015
Peluang
Semua orang berhak dapat peluang. Tapi tak semua akan memanfaatkan peluang sebetulnya. Kengkadang kita bagi peluang sebab kita masih percaya lagi. Tapi kenapa dengan mudah orang menghapuskan peluang itu? Menghapuskan kepercayaan itu? Disebabkan pernah memberi peluang lalu dikhianatilah ,sesetengah orang jadi serik. Tak nak pisang berbuah dua kali. Tak nak benda yang sama berulang.
Hormatilah pendirian seseorang. Selalunya peluang hanya datang sekali.tapi kalau anda dapat peluang kali ke dua, tahniah. Perbaiki lah diri anda. Jangan diulangi kesilapan lalu. Mungkin kita tak perasan ape kasalahan kita, jadi cerminlah diri sendiri, muhasabah diri semula.
Hargai diri sendiri. Hargai orang sekeliling. Jangan menyesal di kemudian hari. Fikir sebelum bertindak. Fikir sebelum bercakap. Orang lain manusia juga. Bukan anda seorang. Orang lain punya hati dan perasaan juga. Bukan anda seorang . Sekali dah terluka , mungkin boleh sembuh. Tapi, bekasnya, kesannya, buktinya tetap ada. Assalammualaikum. Selamat malam. Selamat muhasabah diri.

Subscribe to:
Comments (Atom)