Sunday, 13 December 2015

Prolog

Bintang dan bulan pada malam itu tidak kelihatan . Langit gelap gelita  . Sama . Sama seperti satu ketika dahulu. Ketika hilang arah, ketika tidak tahu mana mahu dituju. Seperti tersesat ke alam yang lain. Tapi mujur, aku tersesat hanya seketika. Awan hitam hanya menyinggah. Terdapat insan yang sudi menghulurkan tangan menunjukkan arah yang sebenar. Seperti bulan dapat menerangi malam yang gelap gelita .

Kisah lama, tidak perlu dikenang . Jadikan sebagai pengajaran. Alhamdulillah kini aku bahagia dengan kehidupan aku. Tidak gelap seperti dahulu. Berwarna warni. Banyak bintang yang menerangi. Terdapat juga bulan yang memberikan sumber kekuatan. Aku gembira. Aku bahagia.

Tapi bulan tidak selamanya ada. Apabila awan gelap kembali lagi, bulan akan hilang. Bintang- bintang turut mengikuti jejak bulan. Kenapa perlu dia kembali? Kenapa perlu membangkitkan semula isu yang telah lama terkubur? Adakah bulan akan kembali menerangi hidupnya? Atau akan pergi membiarkan awan hitam menyelubungi kembali. Atau awan hitam akan berubah . Akan memberikan matahari sebagai balasannya? 

*Tanpa diubah, tanpa meniru. Ayat datang secara spontan. Tiada kaitan yg hidup atau meninggal dunia. Maaf kalau tersilap. Annyeong. Goodnight.  Assalamualaikum.

A L I Y A

No comments:

Post a Comment