Assalamualaikum dan Alhamdulillah kerana setelah memerah otak, mencari serta meminta idea maka terhasillah tajuk sedemikian. Harap tidak menghampakan lahh.
Nice Attitude Needed. Sikap yang baik diperlukan. Actually, ni pon membe punye idea. So saya akan cuba mengulasnya sebaik mungkin. Hahaha
Kebaikan bukan hanya setakat dari segi fizikal, bukan setakat apa yang kita nampak sahaja. Tetapi kebaikan juga dari dalaman. Even tak nampak, tapi dapat dirasai.
Baik, bergantung kepada orang. Kalau orang baik dengan kita, kita baik dengan orang. Kalau orang jahat dengan kita? Tolonglah tetap berbaik dengan orang. Tapi tak bolehlah sepanjang masa nak baik. Karang, kena pijak kepala pula.
Ada orang, dia baik dengan orang tertentu sahaja. Motif? Mungkin sebab orang lain pernah berlaku kejam terhadap beliau kot. So, dia rasa orang tersebut tak patut dapat layanan yang baik. Hmm sebenanya tu dah kira macam berdendam lah kan. Kadang² aku pon macam tu. Sebab aku akan pendam. Tapi bukan dendam. Harap maklum.
Buat baik lah kepada ibu bapa, orang sekeliling , masyarakat dan seluruh manusia didunia ini. Tak rugi pon buat baik. Dapat pahala lagi. Disenangi ramai. Buatlah baik dimana² pon anda berada.
*hari ini rakyat johor diselubungi kesedihan dengan berita kemangkatan YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor(5/12/15). Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. AlFatihah
A L I Y A
No comments:
Post a Comment