Thursday, 18 February 2016

Result !

Alhamdulillah. Selamat tahun baru everyone 😘😘
semalam dah kelua result kan. So, how?
Ape yang mampu saya cakap Alhamdulillah.
Walaupun tak seperti yang di impikan, tapi setimpal dengan usahalah.
Alhamdulillah sangat2 sebab Allah masih bagi peluang untuk dapat result macam tu. Terima kasih juga di ucapkan kepada semua lecturer yang dah berkongsi semua ilmu dah mengorbankan segala masa untuk kami.
Sir..... thanks for everything. Thank u so much.  semoga kita jumpa lagi di sem depan. :)

Thursday, 31 December 2015

Its cruel, but its Me

Hai everyone, as usual, kalau aku bosan, aku akan cuba post something kat sini. Nak delete blog ni? Hmm tak kot. Lagi best kalau ada blog yang even takde sapa baca , at least aku dapat meluahkan segala disini. Dan sekarang, aku tengah gigih untuk memahami mikroekonomi. Tapi , take 5 jap. Kita buat blog jap. Ye dakk.

Selfish? Am I selfish? Kadang-kadang aku rasa aku ni seorang yang selfish. Tapi, bila aku cerita kat orang, orang tak kate benda tu selfish pulak. Hmm
Jahat ? Yea. Tu memang sifat semulajadi aku. Haha sapa je yang tak jahatkan. Haha setiap orang ade kejahatan memasing. Tapi takda lah melampau-lampau sangat.

Apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya? Haha aku pun tak pasti. Kat hati, tak mampu terluah. Berlegar² dikotak pemikiran. Tapi tulah. Tak mampu diluahkan. Takpe lah. Lagipun kisah ni hanya aku yang faham. Kejahatan aku, hanya aku yang faham.
Tapi sebelum tu aku nak nasihatkan, semakin lama kau kawan dengan aku, semakin banyak aku akan meng'annoying' kan kau tanpa sedar. Semakin rapat kau dengan aku, semakin banyak kelemahan aku yang kau nampak. Jadi waktu tu aku tak salahkan kau untuk pergi cari kawan yang lebih baik. Maaf atas salah silap aku. Terima kasih kerana tabah dan cekal menjadi kawan aku. Hahaha
Ok lah, sambung menimba ilmu balik. Bye. Assalamualaikum.

A L I Y A

Monday, 28 December 2015

Final Weii

Hai. Assalamualaikum. Hmm dah musim final dah ni. So how preparation ? Ok? Ke tak? Haha kalau aku lahh.. memang tak lah. Ape pon tak prepare lagi. Banyak lagi nak kena cover. Tu lah. Orang kata jangan study last minit. Takut tak sempat. Tak sempat satu hal, kang tetibe tak datang mood nak study pulakk. Memacam hal lah. Mcm aku sekarang ni. Aku update blok ni sebab nak seru balik mood study aku lah. So esok aku ade exam Math. So, wish me luck gais. Doakan supaya bekalan untuk masuk dewan perang mencukupi. Haha 

So, goodluck semua. All the best. Fighting !! Chaiyok!! 
Selamat menduduki final exam anda dengan jayanyaaa. 

Salam sayang,
A L I Y A

Monday, 21 December 2015

Epilog

10 tahun kemudian......


"Terima kasih kerana menerima, setelah berulang kali ku tinggalkan, kau tetap menanti "
"Aku tak pernah menanti, tapi takdir yang menemukan kita. "

Kerana Allah kita bertemu, dan kerana Allah juga kita berpisah. Sesungguhnya segala itu adalah ketentuannya. Terima kasih untuk segalanya. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan. Kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan.

Mungkin segala yang mereka tempuhi itu adalah untuk kebaikan mereka. Agar mereka dapat mempunyai pengalaman. Agar mereka sedar betapa kuatnya jodoh yang telah Allah tentukan.

Ini bukanlah pengakhiran hidup. Tapi pengakhiran satu fasa untuk berpindah ke fasa yg lain.

A L I Y A

Sunday, 13 December 2015

Prolog

Bintang dan bulan pada malam itu tidak kelihatan . Langit gelap gelita  . Sama . Sama seperti satu ketika dahulu. Ketika hilang arah, ketika tidak tahu mana mahu dituju. Seperti tersesat ke alam yang lain. Tapi mujur, aku tersesat hanya seketika. Awan hitam hanya menyinggah. Terdapat insan yang sudi menghulurkan tangan menunjukkan arah yang sebenar. Seperti bulan dapat menerangi malam yang gelap gelita .

Kisah lama, tidak perlu dikenang . Jadikan sebagai pengajaran. Alhamdulillah kini aku bahagia dengan kehidupan aku. Tidak gelap seperti dahulu. Berwarna warni. Banyak bintang yang menerangi. Terdapat juga bulan yang memberikan sumber kekuatan. Aku gembira. Aku bahagia.

Tapi bulan tidak selamanya ada. Apabila awan gelap kembali lagi, bulan akan hilang. Bintang- bintang turut mengikuti jejak bulan. Kenapa perlu dia kembali? Kenapa perlu membangkitkan semula isu yang telah lama terkubur? Adakah bulan akan kembali menerangi hidupnya? Atau akan pergi membiarkan awan hitam menyelubungi kembali. Atau awan hitam akan berubah . Akan memberikan matahari sebagai balasannya? 

*Tanpa diubah, tanpa meniru. Ayat datang secara spontan. Tiada kaitan yg hidup atau meninggal dunia. Maaf kalau tersilap. Annyeong. Goodnight.  Assalamualaikum.

A L I Y A

Saturday, 12 December 2015

Jadi lebih baik

" perempuan² yang jahat adalah untuk lelaki² yang jahat, dan lelaki² yang jahat untuk perempuan² yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan² yang baik untuk lelaki² yang baik, dan lelaki² yang baik untuk perempuan² yang baik "  ( surah an-Nur 24: ayat 26)

Apabila membaca ayat di atas, pasti akan ada yang terlintas di fikiran 'aku jahat, mesti pasangan aku nanti pon jahat'

Sebenarnya, ayat alQuran tersebut adalah lebih kepada bentuk nasihat , amaran dan peringatan kepada semua. Kalau tak nak dapat pasangan yang jahat, jadi, apa kata kita berubah ke arah kebaikan. Kalau kita nak pasangan yang cukup solatnya, adakah solat kita selamani cukup?   Maka berubahlah kepada yang lebih baik. Dan jangan lah lupa untuk berdoa yea.  Supaya dapat jodoh yang baik dan molek akhlak budi pekertinyaa. Sekian. Assalamualaikum.

A L I Y A

Sunday, 6 December 2015

N.A.N - Nice Attitude Needed

Assalamualaikum dan Alhamdulillah kerana setelah memerah otak, mencari serta meminta idea maka terhasillah tajuk sedemikian. Harap tidak menghampakan lahh.

Nice Attitude Needed. Sikap yang baik diperlukan. Actually, ni pon membe punye idea. So saya akan cuba mengulasnya sebaik mungkin. Hahaha
Kebaikan bukan hanya setakat dari segi fizikal, bukan setakat apa yang kita nampak sahaja. Tetapi kebaikan juga dari dalaman. Even tak nampak, tapi dapat dirasai.

Baik, bergantung kepada orang. Kalau orang baik dengan kita, kita baik dengan orang. Kalau orang jahat dengan kita? Tolonglah tetap berbaik dengan orang. Tapi tak bolehlah sepanjang masa nak baik. Karang, kena pijak kepala pula.

Ada orang, dia baik dengan orang tertentu sahaja. Motif? Mungkin sebab orang lain pernah berlaku kejam terhadap beliau kot. So, dia rasa orang tersebut tak patut dapat layanan yang baik. Hmm sebenanya tu dah kira macam berdendam lah kan. Kadang² aku pon macam tu. Sebab aku akan pendam. Tapi bukan dendam.  Harap maklum.

Buat baik lah kepada ibu bapa, orang sekeliling , masyarakat dan seluruh manusia didunia ini.  Tak rugi pon buat baik. Dapat pahala lagi. Disenangi ramai. Buatlah baik dimana² pon anda berada.

*hari ini rakyat johor diselubungi  kesedihan dengan berita kemangkatan YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor(5/12/15).  Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. AlFatihah

A L I Y A

Wednesday, 2 December 2015

Peluang

Semua orang berhak dapat peluang. Tapi tak semua akan memanfaatkan peluang sebetulnya. Kengkadang kita bagi peluang sebab kita masih percaya lagi. Tapi kenapa dengan mudah orang menghapuskan peluang itu? Menghapuskan kepercayaan itu? Disebabkan pernah memberi peluang lalu dikhianatilah ,sesetengah orang jadi serik. Tak nak pisang berbuah dua kali. Tak nak benda yang sama berulang.

Hormatilah pendirian seseorang. Selalunya peluang hanya datang sekali.tapi kalau anda dapat peluang kali ke dua, tahniah. Perbaiki lah diri anda. Jangan diulangi kesilapan lalu. Mungkin kita tak perasan ape kasalahan kita, jadi cerminlah diri sendiri, muhasabah diri semula.

Hargai diri sendiri. Hargai orang sekeliling. Jangan menyesal di kemudian hari. Fikir sebelum bertindak. Fikir sebelum bercakap. Orang lain manusia juga. Bukan anda seorang. Orang lain punya hati dan perasaan juga. Bukan anda seorang . Sekali dah terluka , mungkin boleh sembuh. Tapi, bekasnya, kesannya, buktinya tetap ada. Assalammualaikum. Selamat malam. Selamat muhasabah diri.

A L I Y A

Sunday, 29 November 2015

Dari UKM ke BTS

Assalamualaikum, selamat malam.
Okeyh hari ni saya nak bagitahu cara2 nak pergi ke Berjaya Times Square daripada Ukm bagi yang mengunakan pengangkutan awam.

Baiklah mula² sekali, jika anda pelajar Ukm sila naik bas yg betul untuk ke KTM. iaitu dengan menaiki bas zon 6. Okeyh. Bagi yg bukan pelajar ukm anda boleh lah pergi ke mana² Stesen Ktm berdekatan anda.

Secondly, anda perlulah beli tiket untuk pergi ke KL Sentral. Lagi senang kalau ada touch n go. Just touch then go.. hahaha. Okeyh, dah beli then tunggu smpy ktm sampai dan membawa anda ke destinasi anda iaitu ke Kl Sentral.
Setelah sampai di Kl Sentral, anda perlulah pergi memasuki NU Sentral untuk menaiki monorel untuk ke BTS (Berjaya Times Square) . Dalam NU tu anda cari je lah signboard yg menunjukkan arah ke monorel.

Selepas dah jumpa jalan yang benar, anda perlulah membeli tiket di mesin2 yang terdapat disana. Di bukan tiket act. Tapi token je. Oh yea, dari Kl Sentral kalau nak naik bas ke bts pon boleh. Tapi tak payah membazir sangat lah. Naik monorel lagi murah. Berganda2 murah. Dah beli tiket, then tunggu lah monorel sampai. Make sure tunggu di platform yg betol yea. oh lupa pulak. Anda perlu beli tiket ke stesen imbi tau.
Then anda akan teros sampai ke BTS.
Dan akhirnya anda boleh berseronok serta boleh memenatkan diri anda dengan pusing sekeliling shopping mall tu. Ok sampai disini sahaja perkongsian saya. Harap bermanfaat untuk anda. Ayuh lah menggunakan pengangkutan awam. Hahahaa Byee. Annyeong. Assalamualaikum

A L I Y A

Friday, 27 November 2015

C

 Assalammualaikum. Selamat pagi semua. Basicly, aku pun tak tau kenapa aku pilih huruf c. Maybe waktu tu aku tengah mengidam coklat, so automatik huruf tu je yang aku boleh fikir. Haha setelah difikir, dikaji, aku tak nak lah cerita tentang coklat. Kenapa? Asyik cerita makanan je. Tak best lah kan. Haha lagipun, siapa je yang tak suka coklat kan . Sedap kot. Aku memang hantu coklat sikit. . Tapi sikit je lah , tak kritikal lagi.

Okay , jom kupas topik yang kita ingin bincangkan pada hari ini. C = Cantik .
Cantik? Apa itu cantik? Luaran je ke? Dalaman? Perempuan sahaja atau lelaki sekali?

First of all, semua ciptaan tuhan adalah cantik , lawa, indah. Siapa je yang tak suka kecantikan kan? Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang kecantikan. Ada orang hanya menilai kecantikan dari luaran sahaja. Tapi ada juga orang yang menilai kecantikan dari luaran dan juga dalaman. Dalaman? Macam mana cantik dalaman? Dalaman tu merujuk kepada sikap, sifat , perangai seseorang.

Cantik luaran, tapi buruk dalam  tetap tak cantik juga weh. Maybe korang win untuk luaran. Tapi luaran tu sementara je.  Yang penting dalaman weh, dalam. Kalau kau setakat cantik tapi perangai macam apa tah, tetap orang tak suka gak. Haa yang cantik tu, jangan lah berlagak sangat , tau lah cantik (hahahaaa ok ini boleh diabaikan)  .

Kesimpulannya, just be yourself. Dah cantik rupa, cantikkan lah peribadi juga. Cantik tu bukan spesifik untuk perempuan jea. Lelaki pon sama. Cantik n kacak merujuk kepada sesuatu yang sama juga. Ok lah sampai di sini jea.Assalammualaikum.

A L I Y A

Sunday, 22 November 2015

Gagal

"Gagal sekali, tak bermakna tak akan gagal lagi " 

Kenapa wujud pepatah macam ni? Haha sebenarnya ni keluar spontan daripada mulut membe aku waktu form 3 dulu. Dia cakap kat aku sebab dulu, ada satu ujian ni, subjek bahasa arab. Tetibe waktu exam tu aku gagal, hahahaa menangis terus aku . Membe2 yang lain cuba nak pujuk aku, tapi makin orang pujuk, makin deras air mata aku mengalir. Tetibe tengah reramai berkumpul kat aku ( ade je orang lain yang gagal, tapi aku je yang menangis hahaha) , ade sorang budak ni datang kat aku dy cakap "dahh lahh aliya . Relax lah, gagal sekali, tak bermakna tak akan gagal lagi" . Siot gila hahahaha . Aku ingat nak bagi kata² semangat ke ape ke. Hahaha rupanya dia dah manipulasi ayat tu. 

Tapi, lama² aku fikir balik ayat dia betul jugak. Ye lahh kalau kita dah gagal sekali, tapi kita tak ada kesedaran nak memajukan dan meluluskan diri, tetap gagal gak for ever n ever. Ape kau pikir kau genius? Tak study tapi boleh berjaya? Hahaha lawak lahhh.
Usaha tangga kejayaan. ! Chaiyok²
Byeeee annyeong Assalamualaikum . 

A L I Y A

Thursday, 19 November 2015

Tikam

Tikam? Antara tikam dari depan dengan belakang mana lagi sakit? Basicly, tikam dari mana² pon tetap sakit. Tapi lagi sakit kalau kena tikam dari belakang. Kenapa? Sebab kita tak sedar, kita tak tahu ada orang yang sedang cuba tikam kita dari belakang.  Kalau orang tikam kita dari depan, at least kita dah nampak niat dia nak tikam kita, kita dah sedia mental dan fizikal. Kalau orang tikam dari belakang, kita tak sedar. Kita tak ambil langkah berjaga2 untuk menghadapi tikaman dari belakang. Cehhh

Tikam dengan pisau ke yang aku cuba maksudkan? Hahaha sememangnya idokk lahh. Kalau tikam guna pisau ke, parang ke, gunting ke semua tu paling teruk pon masuk hospital. Tak pun meninggal dunia. Tapi ni kita tengah bercerita tentang tikam yang akan memberi impak yang besar, yang dalam terhadap hati kita. Iaitu tikam belakang. Khianat lah gitu.

Tak semestinya orang yang suka kita sekarang akan suka kita selamanya kan? Begitu juga dengan orang yang baik dengan kita. Tak semestinya orang yang baik dengan kita hari ini, akan baik dengan kita pada hari esok dan hari² yang mendatangkan? Kenapa perlu ada yg tikam belakang kawan sendiri? Mungkin memang sikap dia yang macam tu? Atau ada faktor lain yang mendorong? Kawan? Sahabat? Semuanya mungkin akan mengkhianati dan menghancurkan kepercayaan kita terhadap mereka.  Nak percaya boleh, tapi jangan lah 100% . Jangan terlalu bergantung dengan orang. Cuba berdiri diatas kaki sendiri. Agar pabila kita jatuh kelak, tak susah untuk kita bangkit semula.

Sampai disini sahaja coretan untuk kali ini.Assalamualaikum.

A L I Y A

Sunday, 15 November 2015

Cuti Lagi


Assalamualaikum...
mood :sedih. Haha kenapa? Cuti sudah habes maaaaaa..
Ok nak cerita pasal my hari jumaat yang lalu pula. Apa yang aku buat. Dengan sapa. Pergi mana? Tak penting pon kan . Tapi ni blog aku sukahati lahhh hahah. Pada jumaat pagi, aku pergi merayap di sekitar bandar Muar bersama mak and dua orang adek aku. Yg lain idok. Haha sebab yang sorang tu pergo rombongan. Yang lagi sorang pulak, yee lahh bujang, mana nak jalan dengan kiteorg dahh hahahha. Kiteorg pergi shopping, pergi bank, bayar hutang, lepas tu pergi lepak2 dekat tanjung emas. Best ta? Wuish gila tak. Spend time dgn family kot. Tapi tu lah, tak cukup ahli pulak. Ayah pon busy kerja. Takpe, kami paham. Rindu nak p bercuti satu family macam dulu. Hahaha ok tinggalkan cerita itu.

Petangnya pulak, aku kelua dengan my two fav girls. Pergi Melaka jee haha well, act rancang lain, tapi bila dah sampai sana of course lah yang jadinya pon lain kann. Hahaha
Memula rancang nak pergi pantai klebang, tapi disebabkan cuaca yang panas terik sangat, kami ubah plan kami, kiteorg just tengok wayang . N akhirnyaa, dapat pon penuhi peemintaan tekak untuk makan sushi . Hahaha
Ok lah sampai disini saja untuk hari ini. Assalammualaikum.


 
A L I Y A

Wednesday, 11 November 2015

Cuti



Assalamualaikum. Yeah, alhamdulillah masih di rumah, masih mood cuti. Haha
Alhamdulillah jugak cuti2 ni dapat berkumpul balik dengan kawan², setelah lama tak jumpa.


So, anda kemana cuti² ni? Lokasi percutian saya kali ini adalah, The Shore Sky Tower di Melaka . Hahah cehh percutian lah sangatkan. Sebenarnya, tempat ni baru dibuka. Berada di tengah² bandaraya melaka. Bangunan ni adalah gabungan shopping complex n hotel. Dalam ni pon ade akuaria  . Memacam adalah gitu. . Tempat dia memang eksklusif. Cantik sangat. Pemandangan dari atas memang lawa  nak lagi lawa, datanglah waktu malam. Memang superb pemandangan dia. tapi bayarannye pon. Hmmm haha Rm18 je yea semuaa. Rm18 jee  .  Ok sampai disini je cerita saya.  InshaaAllah kalau ade next lokasi, saya akan berkongsi cerita disini lagi. Byee Assalammualaikum.

ALIYA

Friday, 6 November 2015

Tersasar

Assalamualaikum. Aku selalu sedih dengan perangai diri sendiri tapi pada masa yang sama, aku tak lakukan tindakan yang betul untuk overcome perangai aku.
Semua orang yang sambung belajar matlamatnya sama, tujuannya sama iaitu Belajar. Jadi, apa masalahnya?
Tapi aku rasa sejak seminggu dua ni, pelajaran tah kemana. Buku pon jarang sentuh. Sibuk sangat mengejar merit kolej ka? Ke sibuk sangat membuang masa, duit , dan tenaga terhadap perkara yang lagha?
Bila dah penat dengan aktiviti diluar, bila balik bilik terus tidur. Bila masa bukak bukunya?
Kesedaran tu dah selalu ada dalam diri ni. Tapi, sifat malas tu dah menguasai diri. Dah overcome segala kesedaran tu. Cuba ingat balik, apa tujuan kita masuk sini? Untuk belajar kan? So, kenapa perlu tersasar jauh dari matlamat tersebut? Kenapa perlu membuang masa?

The conclusion is, aku mestilah pandai membahagikan dan menguruskan masa dengan betul agar pelajaran tak terabai. Semoga kemalasan Aliya dapat berkurang. Semoga Aliya tersedar bahawa dia sudah terpesong dari matlamat asal dia. sampai disini sahaja. Annyeong.

ALIYA

Thursday, 5 November 2015

Nafsu

Seperti yang semua sedia maklum, perempuan mempunyai nafsu yang banyak berbanding lelaki. Nafsu makan lah shopping lah, memacam lagi lah. Kalau macam aku nafsu makan n shopping tu tade lah teruk bebeno. Kengkadang tu boleh lah kawal. Tapi ade sesetengah waktu mmg tak Dapat lah cek nak menahan. Hahaha lagi2 makan kan. Segala makanan teringin, segala makanan mengidam. How about shopping? Kalau shopping biasa2 ni aliya kurang bernafsu sikit. Tapi kalau shopping online, seriously aliya boros. Kenapa boleh jadi macam tu? Hmm mungkin sebab kalau shopping kat luar, kita nampak duit kita yang makin berkurang. Tapi kalau online shopping, kita just transfer duit je, so tak nampak duit yg mengalir keluar. Bila cek je baru tau yang duit tinggal sikit. Waktu tu baru menyesal boros. Hahaha Jadi, kawallah nafsu anda semaksimumnyaa . Annyeong. Assalamualaikum.

ALIYA

Sunday, 1 November 2015

Kalori

Alang2 bercerita pasal makanan, jadi mari kita penuhkan blog dengan makanan
Hahaha
Ok sumber gambar daripada foodporn di twitter. Aku memang suka stalk makanan2 kat twitter ni. Mau tak nya. Setiap kali aku bukak twitter mesti ade je yang retweet makanan2 ni. So, apa lagi, stalk je lah terus kan. 

Hari tu, waktu kat kelas pengawalan berat badan, kami belajar pasal kalori. Anda tahu apa itu kalori? Kaori itu adalah tenaga. Setiap orang memerlukan kalori yang berbeza2. Semakin kurus seseorang semakin rendah kalori yang diperlukan. 
Macam mana nak kurus? Kurangkan mengambil makanan2 yang mempunyai banyak kalori. Ingat yea. Setiap orang memerlukan kadar kalori yang berbeza². Bagi sesiapa yang ingin menambah berat badan, anda haruslah makan kalori berlebihan daripada apa yang anda perlukan  .  Semua makanan ada kalori. Contohnya nasi, mempunyai lebih kurang 200kcal. Maggi pula lebih kurang 300kcal. Anda boleh google untuk mengetahui kalori yang berada dalam sesuatu makanan. Jadi, bagi sesiapa yang ingin mengawal berat badan, anda dinasihatkan agar jangan makan lebih kalori daripada apa yang di perlukan. 
Sampai disini sahaja perkongsian saya untuk hari ini.  Di sini saya sertakan gambar makanan  yang membuatkan saya lapar pada saat, masa dan ketika ini. Haha
Annyeong. Assalamualaikum.

ALIYA





Friday, 30 October 2015

Makanan yang popular di Muar

Assalammualaikum.
Topik hari ni , topik yang semua orang suka iaitu makanannnn....
Disebabkan saya berasal daripada johor, jadi saya akan memperkenalkan serba sedikit makanan yang agak popular di Muar. 
Muar dikenali sebagai bandar diraja. Kecil je sebenarnya bandar ni. 
Tapi banyak juga makanan yang menafik yang boleh didapati disini. 


1. MEE BANDUNG MUAR.
Dah nama pon mee bandung muar kan? So memang popular lah kan. Dan di muar memang anda akan menjumpai banyak sangat kedai mee bandung ni. Pilih je nak yang mana.



Haaa.. dua kedai di atas ni merupakan antara kedai yang popular lah. Antara yang ramai pengunjung datang. Yang kedai mee bandung Abu Bakat Hanipah tu, pernah masuk tv3 rancangan jalan² cari makan. Haaa kalau dah masuk tv tu, sedap lah kann.


2. Medan Selera Sabak Awor

Ape ada kat sini? Haa seperti yang tertulis kat situ lah. Ikan Bakar
. Sabak Awor ni berada di jeti. Jadi, memang ikan2 yang fresh lah kat sini. Kalau dinner dengan family, beramai2 best sangat. Berdekatan dengan sabak awor nk pon, terdapat satu restoran ikan bakar wak jos. Haaa yang tu pon best. Sedap. Everyday mesti penuh. Ramai gila orang kat situ.

3. Soup House

Kedai ni dibuka sampai tengah malam serta ada wifi juga. So, kedai ni kalau malam memang ramai orang. Dah nama pun soup house kann jadi, yang popularnyaa soup lah. Ecspecially Sup kambing. Kata orang lah. Sebab saya tak pernah pun pergi kedai ni. Tak berkesempatan lagi.

4. Murtabak singapore.

Disebabkan johor dekat denga singapore, jadi makanan dia pon agak popular di sini. Haha okeyh , kedai ni memang popular sangat. Sebab sedap gila murtabak dia .



5. Kopi 434

Bagi pencinta kopi, ini lah tempat anda. Walaupon saya tak minum kopi, tapi saya tahu kopi ni sedap. Macam mana saya tahu? Kalau tak sedap, kenapa orang dari jaoh sanggup datang kesini untuk beli kopi kat sini kan. Kalau sarapan kat sini, minum kopi dengan roti bakar .... pehhhh sedap wehhh.

6. Sate

Sate. Orang muar sinonim dengan sarapan sate. Sebenarnya, sate ni makan waktu bila? Bukan memang waktu pagi ke? Hahahaha maaf lah. Sebab saya memang dari kecil kalau makan sate mesti waktu pagi je. Susah lah nak jumpa sate pada lain2 waktu. Selalunya waktu pagi je jumpa sate ni.

Haaaa berikut antara tempat2 yang wajib pergi bila berada di muar ok?
Datang lah kemuar, dan rasailah makanan2 yang berada disini. Selamat mencuba.
Annyeong. Assalamualaikum.

ALIYA

Sunday, 25 October 2015

Emosi

Assalamualaikum. 
Baiklah, entri kali ni tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. 
Hahaha 
Susah kalau berkerjasama dengan orang yang tak reti kawal emosi ni kan? 
 yang x reti control marah terutamanya. 
Bila dah marah, segala tak ingat. 
Orang yang patut dy hormat pon lupa teros. Teros marah. Tanpa belas kasihan. Eah? Hahahaha
so, how nak control kita punya kemarahan? 
Beristighfar lah semua. Ambil lah wudhu' . Hahaha 
Jangan lah sesuka hati nak marah orang, sampai orang yang tak bersalah pon nak marah. Kalau korang tak reti kawal marah tu, badan kau yang binasa weh. 
Bak kata pepatah " kerana mulut badan binasa " . 
Semua orang ada masalah sendiri, janganlah disebabkan tension dengan masalah sendiri , orang lain jadi mangsa. Ok. 
Sebenarnya aku pon tak tau ape motif aku update entri ni. Tade idea sebenarnya. Baiklah sampai disini sahaja. Assalamualaikum.

Aliya

Sesal

" Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna.  "

Assalamualaikum. :) 
Okeyh. Firstly, pernah tak korang rasa menyesal selepas exam? 
Rasa menyesal tak study? Rasa menyesal tak fokus dalam kelas? 
Pernah tak? Mesti pernah kan. 
Dan tu adalah aku. Tak pernah lah tak rasa menyesal lepas exam. Dari sekolah dulu lagi. 
Habis exam je mesti rasa macam " kalau lah aku study ...." ! Selalu wehh.
Tapi nak buat macam mana, even menyesal pon, still buat lagi, tak ambil iktibar langsong. 
Yang paling hebat lagi rasa menyesalnya adalah sebelum exam spot benda lain akan keluar sekali masuk exam, benda yang kita tak baca tu yang keluar. Rasa dia macam, Ya Allah..... nak aje hentak kepala kat meja. So , moralnya tak payah lah spot2 apa2 tajuk. BAca je semua hahahaha .
Kepada adik2 yang akan memduduki SPM , terutama sekali adik aku, Aidil, goodluck for your SPM . Do the best. Even malas nak study pon, study lah sesikit demi mak ayah. Penat dah dia berbelanja besarkan kita, hantar kita ke sekolah. Dah tiba masa kita balas balik. Kang menesal tak sudah pulak karang.  Good Luck. ! Annyeong. Assalamualaikum.

ALIYA